PAS Bantah Permohonan Anjur Pesta Arak Di Selangor

KUALA LUMPUR – Pas sekali lagi membantah penganjuran pesta arak Better Beer Festivals apabila pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menerima permohonan baharu penganjur pesta tersebut selepas permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditolak.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, penganjur pesta arak itu dilihat cuba mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini apabila tetap berdegil untuk meneruskan pesta tersebut dengan membuat permohonan baharu tersebut setelah ditolak DBKL dan menerima kecaman pelbagai pihak.

“Kami mendesak supaya pihak MBPJ tidak meluluskan penganjuran acara pesta arak di lokasi yang diminta iaitu di pusat beli belah One Utama dan kami menyarankan agar apa sahaja permohonan penganjuran seumpama pesta arak seperti aktiviti tidak bermoral dan bercanggah dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Setakat ini permohonan kedua itu masih menunggu prosedur kelulusan sama ada mendapat kebenaran atau tidak kita belum tahu tetapi kita berharap tidak akan dibenarkan kerana dilihat tidak bertamadun dan melanggar tatasusila masyarakat Malaysia,” katanya tanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain di ibu pejabat MBPJ dekat sini semalam. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.