Minum Kopi Dicampur Bahan Perangsang Seks Ibarat Teguk Racun

Amalan mengambil kopi yang dicampurkan dengan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Vardenafil ibarat meneguk racun.

Penggunaan bahan yang diklasifikasikan racun berjadual itu memberi kemudaratan kepada pengguna, antaranya membuatkan pengguna rasa berdebar.

Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong mendedahkan terdapat pelbagai jenama minuman kopi campuran keluaran tempatan dan import yang dipercayai mengandungi bahan terlarang yang diharamkan penjualannya.

Bagaimanapun permintaan tinggi dalam kalangan pengguna membuatkan ia masih dijual di pasaran.

“Banyak pengguna yang tidak tahu dan tertarik kerana beranggapan bahawa minuman ini boleh membantu menguatkan badan, meningkatkan ‘performance’, jadi mereka akan terus mengambilnya.

“Ini cara mereka menarik pelanggan tanpa menghiraukan kesihatan pelanggan,” kata Leong.

Tambahnya, pengguna akan menjadi ketagihan dan menderita sakit kepala jika meninggalkannya.

Kementerian Kesihatan, katanya, kini giat memantau penjualan dan pembelian produk-produk terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.