Lelaki Gay Didakwa Jadi Punca 10 Orang Kekasihnya Dijangkiti HIV

Pergaulan bebas sesama kaum sejenis atau lebih dikenali sebagai gay ini bukan la sesuatu yang pelik jika hendak dibincangkan, namun apa yang menakutkan ialah gejala songsang ini nampaknya semakin teruk dan berleluasa.

Virus HIV bukan sahaja akan dijangkit oleh pasangan berlainan jantina apabila melakukan hubungan intim, namun jika lelaki yang melakukan hubungan terlarang dengan lelaki atau gay, virus tersebut juga mampu berjangkit!

Seorang lelaki gay, akan menjalani perbicaraan selepas dituduh menjangkiti beberapa kekasihnya dengan HIV selepas kondom yang digunakan ketika seks tercemar dengan virus berkenaan.

Daryll Rowe yang merupakan pendandan rambut dan berasal dari Edinburgh, didakwa melakukan perbuatan itu mulai Oktober 2015 hingga Januari tahun lepas.

Pada mulanya hanya dua lelaki dijangkiti HIV selepas melakukan hubungan intim dengannya namun jumlah itu meningkat kepada 10 orang.

Rowe, yang merupakan HIV positif bagaimanapun menafikan semua tuduhan berkenaan.

Meskipun kesnya akan dibicarakan namun jumlah tuduhan semakin bertambah.

Dia kini ditahan reman di Scotland tetapi akan dipindahkan ke Lewes untuk menjalani perbicaraan pada bulan Oktober ini.

Hindari pergaulan bebas, sama ada pergaulan berlainan jenis ataupun sesama jenis. Jika ingin berkawan seperti biasa itu boleh, tetapi jangan sampai terlalu bebas dan memudaratkan diri sendiri. Sebaiknya hindari kerana takut akan perkara sebegini terjadi. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.