Empat Beradik Tinggal Selama 4 Hari Dengan Mayat Ibu Dan Kekasihnya

Empat beradik yang berusia antara lima hingga 13 tahun telah tinggal bersama mayat ibu mereka dan kekasihnya selama empat hari tanpa menyedari pasangan itu telah meninggal dunia akibat dadah.

Kanak-kanak itu menyangka pasangan berkenaan sedang tidur, menyebabkan mereka tidak meminta bantuan sesiapapun walaupun ketika itu rumah mereka telah berbau busuk.

Polis hanya tiba di rumah berkenaan selepas salah seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu tuan rumah bahawa ibu mereka yang berusia 32 tahun telah tidur selama beberapa hari.

Sepanjang tempoh berkenaan, kanak-kanak itu menyediakan makanan sendiri dan turut ke sekolah.

Polis percaya pasangan terbabit meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan.

Mayat tersebut dikenalpasti sebagai Rocio Aguilar dan kekasihnya, Jose Antonio. Mereka menetap di La Zarza-Perrunal, Sepanyol.

Dalam pada itu, pemilik rumah terbabit, Isabel memberitahu media bahawa keluarga itu baru tiba di bandar tersebut sejak seminggu lalu, tanpa membawa apa-apa. Keluarga terbabit menerima bantuan wang daripada kerajaan.

Isabel berkata, dia curiga ada benda yang tidak kena dan mengesyaki wanita itu serta pasangannya adalah penagih dadah.

“Mereka melarikan diri dari sesuatu tetapi saya tidak tahu mengenainya,” kata Isabel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.