Akibat Dendam, Lelaki Ini Bunuh Remaja Yang Disetubuhinya

Kerana dendam peribadi, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas dibunuh di Pasuruan, Indonesia.

Suspek dikenalpasti sebagai Muhamad Madinatup Huja yang berusia 17 tahun. Dia ditangkap selepas 24 jam mayat remaja itu ditemui di kawasan sawah.

Menurut polis, siasatan mendapati suspek membunuh mangsa kerana dendam dengan mangsa yang pernah memburukkan dan menyakitinya.

Polis berkata, mangsa dibunuh selepas menghadiri pesta arak di kawasan berhampiran lokasi mayatnya ditemui.

“Ketika itu mangsa dan suspek berada di kawasan yang sama. Turut serta adalah lima lagi rakan mereka. Ketika sedang asyik berpesta, kereta peronda polis tiba menyebabkan mereka berlari ketakutan meninggalkan pesta terbabit.

“Mangsa dan suspek kemudiannya menyembunyikan diri di sebuah pondok di kawasan sawah. Suspek kemudian memaksa mangsa untuk melakukan hubungan intim. Mangsa menolak.

“Namun tidak lama kemudian, mereka yang terpengaruh dengan arak sempat bersenggama,” kata polis.

Bagaimanapun tidak lama kemudian suspek teringat semula perlakuan mangsa yang pernah mengejek dan memburukkannya lalu dia mencekik mangsa dan menggunakan kayu untuk memukul kepala mangsa.

Selepas mangsa tidak lagi bernyawa, suspek melarikan diri dan turut membuang seluar panjang yang dipakai mangsa tidak jauh dari tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.