16 Skuad Bomba Tahfiz Ditubuhkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 pusat pengajian tahfiz menerima pendaftaran penubuhan skuad bomba di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM KL).

Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata, penubuhan skuad bomba di institusi-institusi itu selari dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengelakkan tragedi kebakaran seperti yang terjadi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini, lapor Kosmo.

“Pihak JBPM KL telah melakukan pemeriksaan di 19 pusat tahfiz lain dan mengeluarkan nasihat kebombaan bagi mengelakkan bahaya kebakaran.

“Selain itu, kita juga akan terus membuat lawatan dan memberikan taklimat dari segi teori serta amali bagi mencegah tragedi sama berulang,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat JBPM KL di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini sebanyak 16 pusat tahfiz telah berdaftar dan pihaknya akan memastikan 19 buah lagi pusat tahfiz akan turut serta untuk menubuhkan skuad bomba di institusi masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.