Video : Jamal Turun Jelajah BERSIH 5 di 7 Lokasi

KUALA LUMPUR – Gabungan (pertubuhan bukan kerajaan) NGO Malaysia mengadakan jelajah bagi membantah himpunan haram Bersih 5 dengan turun ke setiap 6 lokasi yang disebutkan termasuk satu lokasi tambahan di Pulau Pinang.

 

Pengerusinya, Datuk Jamal Yunos berkata, kumpulan itu akan mengumpulkan semua kaum yang turut sama dalam jelajah tersebut bermula 1 Oktober ini.

 

“Kita akan membantah di 6 lokasi yang disebutkan oleh jawatankuasa penganjur Bersih 5 baru-baru ini dan satu lokasi tambahan di Pulau Pinang sebagai protes kepada perhimpunan haram tersebut.

 

“Pada hari yang sama kami akan membuat bantahan terhadap kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang berat sebelah dan menindas rakyat. Sekali gus kami juga akan melancarkan kempen #TangkapLGE atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa beliau,”katanya di sidang media pertahankan demokrasi berpelembagaan, di PWTC hari ini.

 

Sementara itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menentang Bersih 5 sekali gus menunjukkan sokongan demi mempertahankan demokrasi negara.

 

Terdahulu, NGO ini akan mempertahankan sistem ddemokrasi berpelembagaan sedia ada. -SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.