Video: Ibu Meronta Enggan Lepaskan Anak

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video menjadi viral di laman sosial yang memaparkan insiden menyayat hati seorang ibu enggan melepaskan anaknya kepada bekas suaminya.

 

Insiden ini berlaku selepas mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepada bekas suaminya.

 

Dalam video yang berdurasi 58 saat, ibu tersebut meronta dan memeluk anaknya dengan erat kerana enggan anaknya diambil.

 

Anaknya turut meraung kerana tidak mahu dipisahkan dengan ibunya.

 

Video tersebut nyata menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka memuatnaik komen menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kanak-kanak tersebut.

 

“Cara ini boleh mendatangkan gangguan emosi dan menyebabkan masalah kemurungan ke atas kanak-kanak tersebut dan kesan negatif yang berpanjangan dalam hidupnya nanti, apabila di suatu peringkat usia fikirannya kelak akan terusik kembali dan akan memakan tuan sendiri,” tulis Salmah Hj Boll.

 

“Aku dapat rasa yang anak ini akan berdendam dengan si bapa… Bapa ni bukan nak anak sebenarnya.. Tp nak sakiti bekas isterinya.. Bukan dia yang akan jaga anak ni, dia akan upah orang jaga.. Anak akan hilang kasih sayang mak ayahnya… Kesian,” kata Eiyma Tomsom.

 

“Aku cuma doakan. Kau mampu jadi ayah yang baik untuk anak kau. Seperti mana seorang ibu akan jaga anak nye. Aku doakan jugak anak kau tak benci tengok kau bila dia ingat balik saat-saat kau ambik dia dari mak dia,” ujarnya Nur Azlin Zulkafli . – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.