Ulama Dunia Mahu Umat Islam Zahirkan Rasa Marah Demi Nasib Aleppo

ISTANBUL –  Umat Islam di seluruh dunia diminta supaya menzahirkan perasaan marah mereka Jumaat ini berhubung nasib yang menimpa umat Islam di Aleppo, Syria, kata Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi.

 

 

Agensi berita Turki, Anadolu melaporkan, Sheikh Ali berkata, usaha bertemakan ‘Marah Demi Aleppo, Syria’ itu adalah antara usaha untuk menghalang kemusnahan dan keganasan bandar itu akibat serangan pihak rejim Syria dan sekutunya secara terbuka.

 

 

“Harapan kami agar Allah S.W.T. sentiasa bersama rakyat Syria dan memberi kemenangan kepada mereka, dan rakyat dunia juga bertanggungjawab untuk merealisasikan usaha ini,” katanya.
 

Beliau turut menyeru imam-imam di seluruh dunia untuk menyampaikan khutbah Jumaat tentang kesengsaraan penduduk Aleppo dan kesabaran mereka dalam menghadapi jenayah pembunuhan beramai-ramai.
 

Tambahnya, ulama-ulama Islam perlu memberi tekanan bagi menghentikan keganasan dan penindasan di Syria dan negara-negara bergolak yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.