Tun M Mahu PM Baharu ‘Dikawal’ Jawatankuasa Elders – Salleh Keruak

Tulisan asal oleh :
Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 27 September 2016.

 

 

Hari ini, menurut laporan The Star, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan apa yang ramai orang telah katakan untuk beberapa ketika. Muhyiddin Yassin, dan bukannya Anwar Ibrahim, akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

 

 

Mahathir akhirnya menjawab persoalan penting tentang pengganti pilihannya untuk mengambil alih daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Perdana Menteri itu disingkirkan atau Barisan Nasional dikalahkan, yang mana merupakan matlamat utama Mahathir membentuk parti barunya, PPBM.

 

 

Ini kelihatan seperti Mahathir cuba untuk menepis perbualan bahawa beliau mahu anaknya, Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya. Jadi dengan menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri seterusnya, beliau seolah-olah memberi gambaran bahawa anaknya tidak akan mengambil alih.

 

 

Tetapi itu tidak bermakna Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika Muhyiddin menjadi seorang Perdana Menteri yang sementara sahaja.

 

 

Mahathir juga mengesahkan apa yang diumumkannya di Petaling Jaya pada tahun 2008, iaitu bahawa Perdana Menteri baru perlu ‘dipandu’ oleh jawatankuasa ‘elders’ dan tidak diberikan terlalu banyak kebebasan dalam mentadbir negara.

 

 

Mahathir hari ini berkata, walaupun Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dan Presiden parti, PPBM juga mempunyai Pengerusi. Oleh itu, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Pengerusi, iaitu Mahathir, sebelum membuat sebarang keputusan. Perdana Menteri tidak boleh membuat apa-apa keputusan dengan sendiri.

 

 

Mahathir juga mencadangkan bahawa Pengerusi parti mesti berada di atas Kabinet kerana anggota Kabinet akan tunduk kepada Perdana Menteri.

 

 

Pendek kata, Perdana Menteri tidak mempunyai kebebasan dan berada di bawah kuasa Pengerusi parti yang mengatasi kuasa Kabinet sama seperti Pengerusi Mao mentadbir China selama 31 tahun.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.