Polis Tahan Pasangan ‘Zombie’

LONDON – Pihak polis di Cheshire dikejutkan panggilan kecemasan daripada penduduk tempatan yang mendakwa seorang lelaki berlumuran darah menggigit dan menyerang seorang wanita di bandar ber­kenaan, minggu lalu.

 

 

Mail Online melaporkan, kejadian itu berlaku di M62 dimana berlakunya kejadian pelik tersebut.

 

 

Bagaimanapun, apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, lelaki dan wanita terbabit merupakan pelakon yang melakonkan watak ‘zombie’ yang pulang selepas selesai menjalani penggambaran drama tanpa sempat membersihkan wajah mereka.

 
Steve Lowe, 60 dan Diane Hol­den adalah pelakon tambahan siri komedi dalam talian Dead Town yang menjalani penggambaran di kawasan itu.

 
Menurut Lowe, insiden selama 15 minit tersebut menjadikan mereka terkenal apabila akhbar tempatan dan internet menyiarkan detik-detik yang melucukan itu.

 
“Saya telah bermain dram selama 40 tahun dan tidak pernah sekalipun nama saya disiarkan dalam akhbar, tetapi apabila saya memakai pakaian zombie, gambar kami terus viral di internet,’’ katanya.

 
Tambahnya, mereka tidak tahu siapa yang membuat aduan, tetapi hanya meyedari insiden itu selepas ditahan polis semasa dalam perjalanan pulang.

 
“Polis yang menahan kami terus ketawa sebaik sahaja kami menurunkan cermin tingkap kereta. Dia meminta untuk bergambar dengan kami kerana yakin tiada anggota polis di balai polis yang akan percaya tentang kejadian ini jika tiada sebarang bukti,’’ ujarnya yang menyifatkan insiden tersebut sebagai lucu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.