Polis Minta Individu Kes Serangan Video Bogel Tampil

KOTA BHARU- Polis meminta individu dalam video menunjukkan seorang wanita dipukul dalam keadaan bogel oleh seorang wanita di sebuah bilik hotel di Pekan Sungai Golok, Thailand, tampil bagi membantu siasatan.

 

 

Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan polis telah menerima dua laporan polis yang dibuat keluarga mangsa.

 

 

Memetik laporan sebuah portal, keluarga mangsa mengesahkan dakwaan wanita yang dipukul itu merupakan isteri kedua lelaki berkenaan.

 

 

Menurut kakak mangsa, adiknya belum mendirikan rumah tangga dan surat nikah yang viral di media sosial adalah palsu.

 

 

Terdahulu, dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lalu di Sungai Golok.

 

 

Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul merayu orang ramai yang memiliki video yang dirakam ketika kejadian tersebut supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu.

 

Akibat penyebaran video itu, keluarga mangsa mendakwa menanggung aib manakala anaknya pula trauma dan terpaksa berkurung di rumah.

 

 
Keluarga tersebut juga dilaporkan melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluargagara-gara menerima ugutan daripada individu yang tidak dikenali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.