Pendakwaraya Kenal Pasti 100 Suspek Nahas Tembak Jatuh MH17

AMSTERDAM – Sepupu kepada salah seorang mangsa yang terbunuh dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berkata, pendakwaraya antarabangsa telah mengenal pasti peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat itu dilancarkan dari wilayah yang dikuasai oleh pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.

 

Robby Oehlers, bapa saudara kepada salah seorang mangsa, Daisy pula memberitahu pasukan penyiasat telah mengenal pasti 100 suspek dalam siasatan mereka.

 

Ahli-ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai penemuan siasatan tersebut sebelum sidang akhbar rasmi diadakan bagi membentangkan hasil siasatan mengenai tragedi yang meragut 298 nyawa pada 17 Julai 2014 itu. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.