Malaysia Mahu Tindakan Tegas Terhadap Dalang Tembak Jatuh MH17

WISMAR  – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tindakan keras diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines MH17.

 

 

Beliau berkata, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) hari ini memutuskan pesawat jenis Boeing-777 tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK9838-Series yang dibawa dari Rusia dari daerah bergolak di Ukraine.

 

 

“Berdasarkan keputusan yang diperolehi hasil siasatan JIT yang diketua oleh Belanda, Malaysia bertegas mahu tindakan keras diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab. Kami telah berjanji mereka yang bertanggungjawab akan di bawa ke muka pengadilan,” katanya memetik Bernama.

 

 

“Kami mahu kotakan janji kami kepada keluarga. Mereka mahukan keadilan. Jadi, kami mahu meneruskan ini,” katanya.

 

 

Tambahnya, mesyuarat dengan Australia dan Netherlands bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

 

 

Hari ini, laporan Siasatan MH17 mendedahkan pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh puak pemberontak di Kiev, Ukraine menggunakan peluru BUK9838-Series dalam satu pembentangan yang berlangsung di Nieuwegein, Netherlands pada Rabu.

 

 
Laporan Siasatan MH17 merupakan hasil siasatan komprehensif yang membabitkan JIT dan diketuai Belanda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.