Mahkamah Putus Tian Chua Bersalah

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi selepas beliau memberi ceramah yang berbaur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor tiga tahun lalu.

 

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas berpuas hati pembelaan Ahli Parlimen Batu itu gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.

 

“Saya berpuas hati ucapan yang dibuat tertuduh ada kecenderungn untuk menghasut orang ramai untuk melakukan perkara yang dinyatakan,” katanya.

 

Insiden hasutan itu berlaku pada 29 Mei 2013 apabila beliau menggunakan kata-kata hasutan supaya mengubah kerajaan.

 

dalam prosiding itu, Tian Chua diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya,

 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.