Kristianisasi Dalam BERSIH 5

Sejak kali pertama penganjuran siri demo BERSIH diadakan, tidak pernah walau sekalipun perhimpunan ini tidak mengundang kontroversi. Ada sahaja tindakan mereka yang akan menimbulkan perasaan kurang senag dikalangan sebahagian besar Rakyat Malaysia.

 

 

Saban tahun, penganjur BERSIH boleh dikatakan gagal mengawal tindak tanduk peserta. Malah tanpa menunjukkan sedikitpun riak kesal atas apa yang mereka lakukan, demo ini seolah-olah sudah menjadi acara tahunan buat NGO BERSIH 2.0 dan pihak pembangkang itu sendiri.

 

 

Dalam perhimpunan BERSIH 5 kali ini, dikhabarkan pihak penganjur telah merangka pelbagai program untuk disertai oleh semua peserta. Antaranya adalah “candle light virgil” dimana ianya dijangka bakal diadakan pada malam sebelum penutup perhimpunan ini.

 

 

Bukankah amalan ini kebiasaannya dilakukan oleh pengikut agama Kristian? Benar, ada diantara yang bakal hadir terdiri daripada bukan Islam. Namun, sebagai tanda solidariti mereka, bukan satu perkara yang pelik andai ada dikalangan umat Islam sendiri akan terikut dengan dengan acara khurafat ini.

 

 

Sebagai umat Islam, kita ditegah untuk melakukan perkara yang boleh memesongkan aqidah. Ini termasuk mengikut amalan agama lain yang memungkinkan pemesongan aqidah berlaku. Namun bagi penganjur, mereka menggunakan alasan solidariti untuk membenarkan acara ini dilangsungkan serta diikuti oleh penganut agama Islam yang menyertai perhimpunan ini.

 

 

Bukan setakat candle light virgil sahaja yang dipertikaikan, malah terdapat beberapa acara lain yang secara tidak sedar telah mencambah biakkan agenda kristianisasi di kalangan pengikut demo BERSIH 5 ini.

 

 

Oleh yang demikian, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa, BERSIH 5 ini adalah salah satu cara pihak penganjur, samada secara sedar ataupun tidak, mencambah biakkan agenda kristianisasi di kalangan umat Islam.

 

 

Bagi para peserta, apa sahaja yang dirangka oleh pihak penganjur adalah hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan kedudukan Perdana Menteri. Namun bagi pihak penganjur, selain daripada mengaburi para peserta tentang demo berunsur politik, pertembungan antara agama juga dilihat sebagai salah satu agenda terbesar mereka menerusi penganjuran demo seumpama ini.

 

 

Tulisan:

Beruang Biru

28 September 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.