Budak Sekolah Dicekup Hisap Gam Di Hotel Bajet

KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah antara yang ditahan dalam serbuan malam tadi  di hotel bajet di sekitar ibu kota malam tadi apabila disahkan positif dadah.

 

Selepas disiasat oleh pegawai AADK, pelajar tersebut mengakui bahawa keluarganya tidak mengetahui perkara tersebut.

 

Dalam pada itu, Serbuan dilakukan secara bersepadu di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 25 buah agensi yang lain.

 

 

 

Seramai 29 orang telah di tahan dalam serbuan di hotel bajet di sekitar ibu kota dalam Ops BAH 27 yang memfokuskan kepada penagih dadah.

 

Daripada jumlah itu, seramai 17 orang lelaki dan 11 orang telah ditahan akibat positif dadah dalam serbuan ke atas 6 buah hotel bajet di ibu kota.

 

 

Modus operandi penagih dadah kini telah berubah dari berpeleseran di tepi jalan, kini mereka menyewa hotel bajet sebagai ‘port’ baru untuk menagih.

 

 

Menurut ketua Setiausaha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Adnan Md Ikshan, penagih menyewa hotel bajet ini kerana sewa yang murah dan dianggap selamat oleh mereka.

 

“Bajet hotel ini juga kawasan tumpuan penagih dadah, bajet hotel lain sikit kerana kadar sewa yang rendah, mampu disewa oleh lapisan masyarakat.

 

“Dan kebanyakkan daripada mereka menyewa dalam tempoh yang panjang,”katanya ketika di temui media malam tadi.

 

Justeru itu, beliau meminta kepada orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa agar kaedah yang lebih baik dapat difikirkan dalam menanggani isu penagihan dadah ini.

 

“Kajian yang lebih mendalam perlu untuk menangani isu ini dan cari kaedah yang lebih baik.

 

“Tapi apa yang lebih penting ialah maklumat, kita harap penduduk dapat salurkan maklumat kepada AADK, pada DBKl supaya kita boleh kumpul dan lakukan tindakan susulan,” ujarnya.-SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.