Bimbang Dalang Dedah Operasi Esscom – Zahid

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan jika terdapat pihak yang mendedahkan kaedah pengoperasian pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

 

 

Beliau berkata, tindakan sedemikian akan membuka kepada pihak musuh ruang dan waktu untuk bertindak.

 

 

“Saya tidak menuduh tetapi tidak mustahil berlaku,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 

Ahmad Zahid berkata pihaknya sentiasa berwaspada mengenai Abu Sayaff, kumpulan yang menculik untuk tebusan yang sedang aktif mengumpul dana yang dikhuatiri digunakan untuk menyokong kumpulan pengganas dikenali Khatibah Nusantara.

 

 

Tambahnya, Khatibah Nusantara merupakan kumpulan pengganas yang bertindak menyatukan pelbagai kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara.

 

 

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Ruslan Sarapin, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan.

 

 

Kumpulan lelaki bersenjata api yang sama kemudian merompak sebuah lagi kapal nelayan yang dinaiki 19 anak kapal di perairan Tungku, Lahad Datu, setengah jam selepas rompakan pertama.

 

 

Beliau berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat dan berlaku insiden mencurigakan di sepanjang perairan sejauh 1,700km itu, segera laporkan kepada pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.