Anwar Calon Paling Layak Jadi PM Ganti Najib – Anuar Tahir

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu paling layak menjadi perdana menteri.

 

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, negara memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai idealisme dan yakin membawa perubahan secara menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara.

 

“Sejak kebangkitan reformasi 1998, kita lihat tiada individu selain Anwar layak mengambil alih pucuk pimpinan negara.

 

“Tidak kisahlah berapa kali beliau dipenjara. Anwar pemimpin paling tepat menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri untuk memperbetulkan negara,” katanya.

 

Mengulas kenyataan Tun Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, Anuar berkata, ia pandangan peribadi bekas perdana menteri itu.

 

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, hasil kajian Institut Darul Ehsan, membuktikan majoriti rakyat Selangor yakin dan terima pimpinan PKR.

 

“Anwar adalah pemimpin PKR dan mencerminkan keyakinan rakyat Selangor terhadap parti untuk memerintah negara,” katanya.

 

Beliau berkata, parti pembangkang harus bekerjasama menjatuhkan Najib.

 

“Dalam negara demokrasi, kita menerima suara majoriti siapa menjadi perdana menteri,” katanya.

One thought on “Anwar Calon Paling Layak Jadi PM Ganti Najib – Anuar Tahir

  • June 19, 2018 at 11:08 pm
    Permalink

    Rasanya DSAI belum ada jawatan atau potfolio lagi…cuma ketua umum je,,, eloklah tak usah campur urusan kerajaan nak cakap itu ,nak cakap ini… hanya memeningkan fikiran rakyat….! tak perlu pun ambil tugas tak dilantik!! tak rasa ker diri tu…! anih pelik orang lain pun faham..! rasa diri hebat sangat kah???? meluat benci tahu?? duk diam jer buat kerja sendiri kat rumah…patut bersyukur bebas…. jgnlah busy body pula…. ada rezeki nanti adalah …. biar PH urus tadbir malaysia pada tahap yg sepatut2nya… jgn minta rakyat benci lagi ….. dulu dah buat salah ingat2 lah kalau arif hukum sangat katanya….. ya ker? yg hebat kuat hanya allah swt…… sedarlah diri tu….!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.