Antara Air Selangor Dan 1MDB, Mana Yang Menyusahkan Rakyat?

Pembangkang sebelum ini begitu aktif kononnya memperjuangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai menyeleweng dan mencuri wang rakyat.

 

 

Wang dari syarikat itu dikatakan dilenyapkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Hasil siasatan pelbagai pihak termasuk dari luar negara, telah terbukti ia satu tuduhan yang tidak benar dan tiada bukti.

 

 

Agensi dalam negara khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara sudah pun membuktikan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa jenayah dan salah laku.

 

 

Hatta Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sendiri pun mengatakan Najib tidak terlibat dalam siasatan mereka dalam satu saman sivil kononnya mahu merampas aset dan harta berkaitan 1MDB yang diseleweng tapi saman itu juga entah ke mana sudahnya.

 

 

Ketika itu rakyat hanya mengikuti sahaja berita dan laporan berkaitan kes itu tanpa terjejas sedikit pun dari segi kehidupan seharian dan juga ekonomi kerana keadaan ekonomi negara tetap kukuh.

 

 

Kini, rakyat negeri yang paling sibuk di Malaysia, Selangor sedang menghadapi gangguan bekalan air yang seringkali berlaku akibat pelbagai sebab. Antara yang paling utama ialah kerana masalah pencemaran di loji rawatan air.

 

 

Apabila Kerajaan Negeri Selangor dihujani persoalan, lantas dituduh pihak yang mengkritik sebagai cuba mempolitikkan isu bekalan air yang telah pun menyebabkan rakyat negeri Selangor susah kerana ketiadaan bekalan air.

 

 

Apa sahaja kenyataan untuk meminta penjelasan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilabelkan sebagai cubaan untuk memburukkan reputasi politik kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu. Soalnya, peristiwa gangguan bekalan air itu memang berlaku dan rakyat menderita.

 

 

Untuk rekod, Loji Rawatan Air (LRA) sungai Semenyih telah ditutup sebanyak enam kali sejak 2013 kerana gara-gara pencemaran air dan ia menjejaskan bekalan air bersih ke kawasan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

 

 

Jika parti-parti dalam pakatan pembangkang memberikan fokus kepada keutamaan masalah bekalan air di Selangor, sudah tentu ia akan selesai dan rakyat negeri itu tidak menghadapi sebarang masalah. Kerana sibuk msauk campur hal lain yang tidak berasas dan tiada bukti, rakyat terabai.

 

 

Isu 1MDB sudah pun boleh dikira selesai kerana sudah ditentukan Najib dan kerajaan tidak melakukan salah, tetapi isu bekalan air ini, Kerajaan Negeri Selangor nyata sudah gagal dan ia telah pun menyusahkan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.

 

 

Tulisan:

Beruang Biru

28 September 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.