Video: [Eksklusif] Saiful Nang Mengaku Cari Pelacur Ketika Di Makkah

Kuala Lumpur – Pengasas CandidSyndrome, Saiful Nang mengaku mencari pelacur ketika berada di Tanah Suci, Makkah bagi menjawab kecaman yang dilemparkan keatasnya sebelum ini.

 

Saiful ketika dihubungi SuaraTV berkata isu berkaitan aktiviti perlacuran itu pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

 

Saya bukan yang pertama pun, memang di sana (Makkah) saya cari pelacuran, korupsi, pembaziran, penghambaan, kasta dan lain-lain.

 

“Kerana itu (isu tersebut) saya pernah anggap satu fitnah sampai saya jumpa sendiri (rumah pelacuran) bukan untuk melanggani pelacur seperti tuduhan sebahagian netizen” katanya ringkas ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

 

Dia yang juga merupakan jurugambar ketika mengulas lanjut mengenai isu tersebut berkata, perkara yang dibangkitkan itu adalah berdasarkan pengalamannya sendiri ketika berkujung ke Makkah tidak berapa lama dahulu.

 

“Kenyataan saya (mengenai aktivit pelacuran di Tanah Haram) berdasarkan (apa) yang saya sendiri alami, tapi nantilah… tunggu orang (masyarakat) rasional sikit (untuk didedahkan)” ujarnya pula.

 

Dia bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut berhubung isu yang dibangkitkan itu kerana merasakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mendedahkan mengenaninya.

 

Melalui status terbaru yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Saiful turut mengakui kesilapanya sambil meminta maaf atas pendedahan itu.

 

Saiful bagaimanapun tetap mempertahankan dakwaan tersebut sambil menyifatkan ia bukanlah perkara baru.

 

Dia turut memberikan pautan rakaman video, berhubung kenyataan penceramah bebas, Ustaz Ahmad Jailani yang turut mendedahkan isu yang sama.

 

 

Terdahulu Saiful dikecam hebat oleh pengguna media sosial kerana mendakwa Makkah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam mempunyai rumah pelacuran.

 

Komen dan pandangan yang ditinggalkan di laman sesawang SuaraTV melabelkan Saiful sebagai kaki pelacur kerana mencari tempat maksiat ketika berada Makkah.

 

Ekoran kecaman yang diterima, dia kemudianya memadamkan status tersebut atas alasan tidak mahu menguris hati dan perasaan masyarakat Islam di negara ini.

 

Sementara itu Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika mengulas mengenai perkara sama menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkan Makkah bukan kota pelacuran.

 

Beliau melalui akaun Facebooknya berkata Makkah adalah sebaik-baik tempat di atas muka bumi yang dijanjikan Allah sebagai sebuah kota yang aman lagi suci.

 

“Mekah bukan kota PELACUR, bukan kota yang hina seperti yang didakwa oleh seorang jurufoto baru-baru ini.

 

“Allah Subhanahu wa Taala telah menetapkan Mekah sebagai kota SUCI sejak penciptaan langit dan bumi. Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda pada hari penaklukan kota Mekah” katanya.

 

Fathul turut menggesa mereka yang melemparkan fitnah dan menghina kota suci bagi umat Islam ini segera bertaubat di atas dosa yang dilakukannya. – SuaraTV.

2 thoughts on “Video: [Eksklusif] Saiful Nang Mengaku Cari Pelacur Ketika Di Makkah

  • September 29, 2015 at 5:02 pm
    Permalink

    Assalamualaikum wbt
    Di mana-mana tempat pelacuran.
    Yang pastinya orang lelaki yang hendak melanggan dengan pelacur tentu tahu risiko baik buruk di belakang hari.
    Namun pelacur yang bekerja kerana perasaanya dan peribadinya telah dikawal oleh bapak ayam terpaksa bekerja demi mempertahankan dirinya daripada dibunuh atau dibelasah oleh bapak ayam ini (atas perjanjian yang telah dibuat).
    Kesalahan tidak boleh dilemparkan kepada pelacur semata-mata kerana kita belum tahu apa punca dia menjadi pelacur.
    Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..inilah yang saya hendak ajukan kepada para lelaki yang kuat seks di luar sana. Belum tentu abang-abang dan bapak-bapak yang nampak alim berserban dan sudah mengerjakan umrah dan haji tidak terliur untuk melakukan maksiat di mana-mana sahaja.. Hanya iman yang teguh dan kental sahaja pecayakan hari akhirat dengan begitu yakin tidak akan melakukan maksiat seperti melanggan pelacur-pelacur ini.
    Wallahua’lam bisawab

    Reply
  • September 30, 2015 at 8:24 am
    Permalink

    ORANG P MEKAH BUAT AMAL IBADAT HANG DOK P CARI PELACUR … ADA KA MACAM TUUUU …

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.