PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

Kota Bharu – PKR Kelantan bersedia untuk menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) atau baju hijau jika matlamat penganjurannya membawa kebaikan kepada semua.

 

Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat jemputan secara rasmi daripada penganjur perhimpunan.

 

“Jika tujuan himpunan untuk kebaikan kepada agama dan negara. Insya-ALLAH kita akan menyertainya,” katanya semalam.

 

Dalam masa sama, Ab Aziz percaya himpunan yang bertemakan hijau itu akan berlangsung dalam suasana aman dan penuh disiplin.

 

“Amat tidak patut kiranya ada kumpulan yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan provokasi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.