Netizen Puji ‘Pahlawan’ KJ

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggambarkan dirinya sebagai seorang pahlawan apabila beliau memuat naik sekeping gambar berpakaian istiadat dari suku kaum Kenyah ketika berkunjung di Kampung Long Busang, Sarawak.

 

Gambar yang dimuat naik di Facebooknya memaparkan imejnya berpakaian pahlawan sambil menggenggam senjata dan perisai.

 

“Ini gambar pahlawan dari Long Busang. Cuma dia gelap sikit dan seluar dia macam tak ikut spec betul.

 

“Selama dua hari saya telah berkunjung Long Busang, sebuah kampung yang terpencil di pedalaman Sarawak. Perjalanan lapan jam lebih dari Bintulu dan menaiki bot dari Bakun.

 

“Walaupun jauh di pedalaman, orang Long Busang dari suku kaum Kenyah cukup mesra,” katanya.

 

Posting ini mendapat pujian daripada pengguna-pengguna media sosial.

 

Yusnieta Mak Ita mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana mengiktiraf keunikan warisan budaya Sarawak: “Terima kasih kerana menghargai kami penduduk di Sarawak.”

 

Warrenn Allenn pula memuji menteri yang imejnya dilihat bersahaja seperti orang lain.

 

Seorang lagi pengguna, Rina Syasam Majus mengulas: “Cayala YB Dlm Masa Sekarang sifat rendah Diri YB Yang Kita mahukan Untuk Satukan rakyat Ps sexynya pakai seluar ketat;) (Anda adalah orang yang Dalam dunia hari ini ke bawah anda untuk pemikiran bumi yang kita!.! perlu membawa rakyat bersama-sama. PS anda kelihatan seksi dalam orang-orang pakaian ketat)”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.