PH Cuba Permainkan Emosi Rakyat, Kata Dr Halimah

PETALING JAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak mempermainkan emosi rakyat berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau kini dikenali Bantuan Sara Hidup (BSH).

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali, berkata PH perlu berpegang pada prinsip dengan mengotakan janji kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Katanya, apatah lagi bantuan kewangan itu amat mendesak bagi membantu rakyat yang memerlukan.

“Sebelum PRU-14 macam-macam dijanjikan. Yang manis-manis dan sebagainya, hingga dikatakan kalau rakyat tak undi, sebab tak ada BR1M.

“Apabila jadi kerajaan tiba-tiba kata tidak payah (BR1M). Macam-macam alasan.

“Sebab itu apa yang mahu diutarakan oleh PAS adalah budaya politik matang dan sejahtera bukan persepsi, emosi dan sensasi.

“Kita lihat apa keperluan mendesak rakyat. Apa yang paling penting daripada yang penting, diutamakan dulu,” katanya selepas berkempen di pasar malam Kampung Lindungan, semalam.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas cadangan kerajaan untuk mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

“Apabila pilihan raya semakin dekat, dikatakan (BR1M) akan disambung. Lepas dapat (jadi) kerajaan macam-macam alasan.

“Kita tidak boleh memainkan emosi rakyat. Sama juga di Selangor, kalau orang miskin, kena bagi zakat, bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan sebagainya.

“Namakan apapun, (bantuan) Peduli Rakyat atau BR1M, kena ikut dan kaji betul-betul berdasarkan kes. Bukan semuanya dipolitikkan,” katanya. – BH

One thought on “PH Cuba Permainkan Emosi Rakyat, Kata Dr Halimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.