KWSP Nafi Viral Mesej Insentif RM6,000

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan telah mengeluarkan mesej yang memaklumkan ahli-ahli ahli yang bekerja antara tahun 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 daripadanya.

Dalam kenyataan di sini, KWSP menegaskan mesej yang tular itu adalah palsu dan tidak ada kaitan dengannya.

“Mesej itu juga mempunyai pautan ke laman web palsu, yang meminta orang ramai untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif,” katanya.

KWSP percaya mesej berkenaan merupakan cubaan penipuan data peribadi ahli bagi tujuan berunsur jenayah.

Ahli-ahli KWSP digesa supaya tidak klik pada pautan tersebut atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan.

Malah, ahli-ahli KWSP diminta supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut.

Semua maklumat rasmi mengenai produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.

Ahli-ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://enquiry.kwsp.gov.my untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.