Kerajaan Perak Dakwa Tidak Tahu Video Sukan Malaysia Plagiat Idea Taipei in Motion

IPOH — Kerajaan Perak mengakui tidak tahu klip video Sukan Malaysia (Sukma) negeri itu diplagiat daripada negara luar.

Exco belia dan sukan mengakui pihaknya silap kerana kerana tidak meneliti video Sukma terlebih dulu, lapor Sinar Harian.

“Kami memohon maaf kerana menularkan klip video berkenaan tanpa mengetahui ia (klip video), sama dengan sebuah klip video dari Taiwan, khususnya daripada segi suntingan,” kata Howard Lee Chuan How.

Klip video Sukma Perak yang dimuat naik pada 16 Ogos lalu dikecam kerana meniru idea klip dari Taiwan bertajuk “Taipei in Motion 2017”.

Ditonton lebih 4,000 kali, video tang ditularkan kerajaan Perak lebih banyak dikecam berbanding disukai.

Justeru, Howard berkata klip video rasmi akan disiarkan dalam masa terdekat di RTM, yang memaparkan keindahan Perak. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.