Ulat Ambil Kesempatan Jual Tiket Final Bola Sepak Sukan SEA RM50 Hingga RM150

Lebih kurang 4 jam selepas kaunter dibuka, tiket bagi perlawanan akhir bola sepak KL2017 antara Malaysia dan Thailand sudah pun habis dijual, dan ‘penjualan’ kini beralih ke pasaran gelap oleh ulat tiket dengan harga berlipat kali ganda.

Menerusi mesej di salah sebuah ‘group’ whatsapp, sekeping tiket kini dijual dengan harga RM150 – hampir tujuh kali ganda daripada asal, RM20.

Keadaan hampir sama dilihat di laman sosial Facebook apabila ramai pengguna secara terbuka menjual semula tiket lebih tinggi daripada harga asal.

Rata-rata penjual memberi alasan beratur lama sejak malam tadi untuk mendapatkan tiket dikaunter yang hanya dibuka kira-kira jam 11 pagi.

Menerusi gambar yang dimuat naik, pengguna berkenaan mempunyai 77 tiket namun tidak menetapkan harga bagi tiket yang dijualnya dan mengarahkan pengguna media sosiala yang berminat untuk terus menghubunginya bagi mendapatkan tiket berkenaan.

“Rasanya kalau minta harga beli (di kaunter) masih boleh beratur sendiri… tiket ni khusus kepada peminat bola yang betul-betul nak tengok (perlawanan). Rasanya tak perlu cerita kot beratur dari jam berapa, yang faham je faham. berminat (nak beli tiket) roger,” kata seorang pengguna Facebook yang menjual tiket perlawanan berkenaan.

Hal ini jelas bertentangan dengan amaran oleh Menteri Beliau dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc), Khairy Jamaludin yang meletakkan had hanya empat tiket sahaja untuk seorang individu bagi setiap pembelian.

“Kita hadkan pembelian tiket sama ada secara online dan di kios, kita hadkan maksimum empat tiket bagi setiap pembeli.

“Kita juga akan ada sukarelawan di luar venue bagi memastikan tidak berlakunya penjualan tiket haram.

“Harga tiket pula adalah berpatutan dan penyokong serta peminat acara sukan itu pastinya bersedia untuk membeli. Untuk pusingan awal harga RM10, pada pertengahan acara RM15 dan final RM20,” katanya menjelaskan had harga tiket bagi setiap acara KL2017.

Sementara itu, rata-rata peminat bola sepak menyatakan rasa tidak puas hati di media sosial akibat daripada amalan kapitalis ulat tiket mengaut keuntungan atas angin.

“Macam p*****k beli tiket banyak-banyak, jual balik .. macam terdesak lama tak makan. Kesian siap datang dari jauh (tapi) tiket habis,” kata Asyraf Rosli.

“Kalau dah tau si ulat jual mahal senang je la. Boikot jangan beli. Dah tau mahal beli jugak memangg bodoh la jawabnye. Tak mati pun tak dapat pergu tengok kat stadium. Bukan dekat TV takde live,” ujar Ahmad Izamin Ali.

“50 ringgit harge tiket. Kau simpan je la tiket tu..buat goreng,” ujar Mohd Azmil kecewa. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.