Berlakon Dengan Skrip Spontan

Akibat lama tidak berlakon, Marsha Milan menyangka dia ditipu syarikat produksi milik pelawak popular, Johan apabila menawarkannya berlakon tetapi tidak ada skrip diberikan.

Malah selama bergelar berlakon, Marsha belum pernah disuruh datang ke lokasi penggambaran dengan hanya membawa sepasang baju.

Namun, itulah yang dilaluinya menerusi filem TV (FTV), #TerobekRaya yang ditayangkan di Astro First Eksklusif sejak 24 Ogos lalu.

Marsha berkata, dia dilamar isteri Johan iaitu Ozlyn selaku penerbit FTV berkenaan.

“Mereka menawarkan saya berlakon dalam filem ini sebelum Ramadan lalu. Mendengar tawaran itu saya berminat untuk mencuba apatah lagi berlakon dengan ramai pelawak pastinya satu pengalaman baru.

“Namun, selepas melihat skrip saya agak bimbang kerana skrip tidak banyak seperti yang pernah saya berlakon sebelum ini,” katanya.

Marsha berkata, walaupun pada awal bimbang dan rasa seperti ‘dianiaya’ dia tetap meneruskan minat itu kerana berasakan sudah lama tidak berlakon.

“Sehinggalah tiba waktu penggambaran mereka juga menyuruh saya membawa hanya sepasang baju.

“Setibanya di lokasi, barulah saya faham mengapa tidak ada skrip kerana kami perlu berlakon secara spontan. Maksudnya skrip dilakukan secara spontan,” katanya.

Marsha berkata, ini pengalaman pertama dia berlakon tanpa skrip. Walaupun pada awal rasa janggal, dia mengganggap pengalaman baru buatnya sebagai pelakon.

“Apabila kita sudah biasa berlakon mengikut skrip memang rasa lain sangat. Tetapi pada hari kedua penggambaran saya boleh terima keadaan itu.

“Bekerja pula dengan pelakon dan pelawak hebat sedikit sebanyak membantu saya,” katanya.

“TerobekRaya adalah FTV pertama yang menggunakan skrip secara spontan. Selain Marsha, #TerobekRaya turut dilakonkan Johan, Ozlyn, Ani Maiyuni, Tauke Jambu, Zizan Nin dan Sherry Al Hadad.

Dalam perkembangan lain, Marsha turut terbabit untuk program AF Megastar yang akan bermula pada 3 September ini.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.