Video: Warga Silat Digesa Tolak Bersih 4.0

Kuala Lumpur – Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Ali Rustam menasihati empat juta ahli pertubuhan itu di seluruh negara supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh memberi kemudaratan terhadap keamanan negara terutama perhimpunan Bersih 4.0 pada sabtu ini.

 

 

Beliau berkata, PESAKA berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara dan menyokong kepimpinan negara.

 

“Apa yang dapat dilakukan demi menyumbang pada negara, saya sebagai presiden menasihati agar ahli PESAKA yang ada di seluruh negara tidak terlibat dengan BERSIH 4.0 yang boleh mencemarkan imej negara,”katanya ketika ditemui selepas mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan dan keselamatan negara di Masjid Negara, petang tadi.

 

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa PESAKA akan turut mengadakan beberapa aktiviti berkaitan seni silat tanah air.

 

 

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.