Video: Pengawal Dibelasah Kerana Halang Kanak-Kanak Lawat ICU, Di Kelantan

Kuala Lumpur – Seorang pengawal keselamatan teruk dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki selepas melarang pelawat membawa kanak-kanak memasuki wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.

 

Aksi itu kemudian dirakam oleh orang ramai yang berada berhampiran dan dimuat naik di laman sesawang Youtube.

 

Dalam rakaman itu, mangsa telah ditampar, diheret dan ditendang oleh keempat-empat suspek.

 

 

Dalam kenyataannya, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ, Zaid Ahmad mengesahkan kejadian yang berlaku.

 

“Wad tersebut menempatkan pesakit separa kritikal. Wad tersebut amat sensitif kerana berkaitan dengan (penyakit) pernafasan.

 

“Pihak hospital berasa amat terkilan dengan kejadian ini kerana sepatutnya masyarakat perlu memahami tujuan kami melaksanakan undang-undang kawalan tersebut demi kebaikan semua,” katanya.

 

Menurut Zaid, pihak HRPZ II mengamalkan polisi fleksibel terhadap waktu melawat kecuali bagi wad-wad tertentu seperti unit rawatan rapi (ICU), unit rawatan koronari (CCU) dan wad pergantungan tinggi (HDW).

 

Dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada ‘samseng-samseng’ yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekecohan di tempat awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.