Video: Bersih 4.0, Mahasiswa Desak Polis Ambil Tindakan

Kuala Lumpur – Gabungan Siswa Kebangsaan (GASAK) meminta agar polis mengambil tindakan lebih tegas kepada penganjur berikutan kesan buruk daripada perhimpunan haram BERSIH yang lalu.

 

Wakil mahsiswa GASAK, Farhan Khairuddin berkata, terlalu banyak kerosakan dan kerugian yang dialami oleh peniaga di sekitar perhimpunan serta PDRM sendiri yang terpaksa mengerahkan pegawai mereka untuk menjaga keselamatan rakyat.

 

 

“Kami belia mahasiswa mendesak agar pihak penganjuran haram ini menghormati negara demokrasi berparlimen dimana pucuk pimpinan yang dipilih melalui sistem pilihan raya.

 

“Kami juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada polis yang selama ini menjaga keamanan dan keharmonian negara dan meminta polis agar mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka,” katanya menerusi sidang media yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang tadi, Jumaat.

 

Farhan juga menyatakan demonstrasi bukanlah cara untuk mengubah kerajaan atau menzahirkan rasa tidak setuju dengan dasar mahupun sistem yang dijalankan.

 

“Persepsi yang ditunjukkan oleh kita kepada negara serta media luar adalah persepsi yang buruk. Seperti Indonesia dan Thailand, pelabur takut datang ke negara mereka kerana dari sudut geopolitiknya tidak kukuh,” ujar Farhan.

 

“Apa yang kita mahukan, negara kita kekal harmoni dengan berpaksikan sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen,” tambahnya.

 

Sebaliknya, masyarakat perlu sedar bahawa cara untuk mengubah kerajaan adalah melalui peti undi dan bukannya demonstrasi di jalanan.

 

Mewakili majoriti penuntut di universiti, Farhan menggesa agar mahasiswa tidak terlibat dengan perhimpunan ini dan tahu kesan buruk yang bakal ditanggung oleh negara. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.