Isu DEIG: Azmin Harus Akui Kesilapan, Bukan Tambah Kesilapan

KUALA LUMPUR – Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin berpendapat bahawa DAP menggunakan isu penubuhan Badan pelaburan negeri Selangor, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menjatuhkan Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

 

Badrul yang lebih dikenali Chegubard mendakwa isu yang dibawa oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim itu digunakan oleh DAP sebagai senjata untuk tujuan berkenaan.

 

“Isu ini sebenarnya diwujudkan bukan oleh DAP, DAP hanya menyambut isu malah ada ADUN PAS yang berbuat demikian dalam dewan, tetapi isu ini dibangkitkan oleh ADUN Bebas, Tan Sri Khalid Ibrahim.”

 

Mereka (DAP) hendak ‘spin’ sebab cuba nak atur jatuhkan seorang lagi (Menteri Besar) dan hendak lantik yang lain”, katanya dalam satu sidang media selepas menjadi panel dalam Forum ‘Selangor di era Azmin Ali’, di ibu negara.

 

Malah, beliau menggesa agar Azmin mencari jalan untuk memastikan langkah beliau menubuhkan DEIG adalah betul dan dipersetujui oleh kepimpinan negeri.

 

” Dia (Azmin Ali) (harus) mengakui kesilapan, dan menambahbaik, bukan apabila melakukan kesilapan terus menambah lagi kesilapan yang lain untuk menutup kesilapan dia.”

 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ADUN Bebas sebelum ini mempersoalkan tujuan sebenar kerajaan negeri mewujudkan satu entiti baharu bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikatnya iaitu DEIG di Dewan Undangan Negeri pada sidang baru-baru ini.

 

Dalam pada masa yang sama, Khalid turut mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan DUN. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.