‘Dah Jemput, Tak Datang Pula’ -TMJ

Kuala Lumpur – Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,’terkilan’ apabila jemputannya untuk peminat gelap atau closet fanpasukan bola sepak Johor Darul Takzim, tidak mendapat sambutan.

 

Laman Facebook Johor Southern Tigers semalam memuat naik sekeping gambar Tengku Mahkota Johor itu bersendirian di meja makan, dengan status berbunyi “Dah pelawa pun, tak datang juga”.

 

Rata-rata komen di laman Facebook itu meluahkan rasa terkejut kerana sangka mereka, ia hanyalah gurauan.

 

Tunku Ismail, atau TMJ, sebelum itu menjemput peminat gelap JDT untuk hadir ke majlis jamuan makan bertempat di Istana Bukit Pelangi. Ia dijadualkan berlangsung pada Rabu, jam 8.30 malam.

 

Pertemuan itu bertujuan memberi peluang kepada golongan itu meluahkan rasa tidak puas hati di samping berkongsi pendapat tentang situasi bola sepak tempatan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!