Artis Upah Samseng Pukul Bekas Teman Lelaki?

SEORANG wanita mendakwa seorang artis wanita telah mengupah beberapa lelaki untuk memukul teman lelakinya yang juga merupakan bekas teman lelaki artis tersebut.

 

Menerusi laman Instagram seorang wanita mengatakan sedang membuat laporan polis berikutan kejadian itu.

 

“Do report polis now (sedang buat laporan polis sekarang). Kau tunggu nasib kau. Kau yang datang serang kami lepas tu hantar 40 orang pukul BF (teman lelaki) aku. Kau memang takkan selamat la betina,” kata wanita berkenaan.

 

Bersama-sama perkongsian tersebut, sebuah foto yang menunjukkan seorang lelaki lelaki bertatu membuat laporan polis juga dimuatnaik.

 

Kejadian tersebut kini viral di laman sosial di mana netizen berteka-teki siapakah artis wanita yang didakwa mengupah kaki pukul berkenaan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.