50 Mayat Pendatang Ditemui Dalam Trak

VIENNA – Kira-kira 50 mayat pendatang sudah reput ditemui dalam sebuah trak yang ditinggalkan pada ketika operasi memburu penyeludup manusia yang bertanggungjawab terhadap tragedi terbaru dalam krisis pendatang di Eropah.

 

Penemuan mayat berdekatan sempadan Slovakia dan Hungary muncul selepas lebih 30 mayat pendatang lemas di Mediterranean dan pemimpin Eropah bertemu sekali lagi bagi berusaha mencari jalan mengatasi kebanjiran pendatang ke negara Kesatuan Eropah.

 

Polis Austria berkata, trak berkenaan ditemui pada Khamis di lebuh raya dengan tertera syarikat penternakan ayam Slovakia dan nombor pendaftaran Hungary berisi di antara 20 dan 50 mayat reput.

 

Canselor Jerman, Angela Merkel, yang hadir pada sidang kemuncak bersama pemimpin Balkan bagi membincangkan krisis berkenaan berkata, beliau “terkejut” terhadap berita yang “mengerikan” itu.

 

“Ini adalah amaran supaya kita mengatasi isu pendatang ini dengan pantas dan dengan semangat Eropah, bermakna semangat solidariti dan mencari penyelesaian,” kata Merkel.

 

Setakat tahun ini, lebih 2,300 lelaki, wanita dan kanak-kanak lemas di Mediterranean selepas bot yang dikendalikan penyeludup manusia karam. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.