Video: Rakaman Buli Dan Pukul Remaja, 4 Ditahan Polis

Muar – Polis menahan empat remaja lelaki berusia lingkungan 14 dan 15 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes video buli dan pukul seorang mangsa remaja, di Air Hitam di sini, yang kini menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata semua tangkapan terbabit dilakukan sejak petang semalam selepas pihaknya berjaya mengenal pasti individu berkenaan di dalam video terbabit.

Katanya, semua remaja terbabit kini ditahan reman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, selain itu, pihak polis juga turut merampas sebatang kayu berukuran kira-kira satu meter yang dipercayai turut digunakan untuk memukul mangsa di dalam video terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.