Video: Perompak Ditembak Mati, Pengawal Keselamatan Bank

Georgetown – Satu percubaan rompakan kali kedua di sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini pada Khamis gagal apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang suspek dan memaksa seorang lagi melarikan diri dengan tangan kosong.

Pasangan perompak ini dipercayai orang yang sama yang merompak bank itu pada 29 Mei lalu dan melarikan wang tunai lebih dari RM60,000.
 
Modus operandi mereka pada kali ini adalah sama iaitu menuang petrol di dalam premis dan mengancam untuk membakarnya.
 
Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.
 
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan memuji pengawal keselamatan kerana melakukan tindakan pantas.
 
“Dia melakukan tugasnya dengan baik.”
 
perompak ditembak mati 2

2 thoughts on “Video: Perompak Ditembak Mati, Pengawal Keselamatan Bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.