Pegawai DBKL Terima Ugutan Ketika Lakukan Serbuan

Kuala Lumpur -Ekoran serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap beberapa permis judi haram dan maksiat yang beroperasi di sekitar ibu kota, seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima ugutan dari pemilik permis yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ dikatakan berang dengan tindakan pihak penguatkuasa yang memecah masuk ke dalam permis rumah urutnya tanpa kebenaran.

Menurut pegawai bertugas yang ditemui SuaraTV, operasi yang dijalankan itu telah mengikut garis panduan yang ditetapkan selari dengan peruntukan undang-undang Akta Passport 1966.

“Kami hanya menjalankan tugas selari dengan akta yang disediakan.

Dibawah Akta Akta 150, Seksyen 10 (2), seseorang pegawai imigresen, pegawai polis atau pegawai kastam yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu supaya dapat masuk ke dalamnya.

Lelaki berumur sekitar 50-an itu dilihat bersama dua orang pengikutnya telah mengambil gambar semua anggota penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

“Selepas ini siaplah kamu,” katanya yang turut disaksikan oleh beberapa anggota pengutakuasa yang bertugas.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan ketika diminta mengulas kejadian tersebut berkata pihaknya akan meneiliti perkara tersebut sebelum membuat laporan polis.

“Mereka mungkin tidak dapat menerima apabila tindakan diambil dan sekiranya ada ugutan, pihak kami akan membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan anggota dan pegawia yang bertugas.

“Apa yang mereka mahu sebenarnya ialah agar kita (pihak berkuasa) tidak mengambil tindakan” katanya.

Beliau turut menyeru agar semua pihak memberikan kerjasama dan memahami tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kakitangan kerajaan.

“Bukan niat kami menghalang mereka berniaga, tapi berniagalah secara teratur agar aktiviti yang dilakukan itu tidak merosakkan masyarakat, tidak timbulkan masalah kepada keluarga.

“Apakah mereka sanggup (dengan menjalankan aktiviti haram dan tidak bermorak) itu meruntuhkan institusi keluarga yang telah dibina? soal beliau pula.

Selain pihak kementerian selaku penyelaras, ‘Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram Di Wilayah Persekutuan (Siri 3) yang dijalankan itu turut melibatkan dua belas agensi lain dengan kekuatan hampir seribu anggota yang disasarkan kepada enam kawasan Parlimen di ibu negara.

Antara yang terlibat dalam operasi tersebut ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syabas, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Telekom dan sebagainya.

Sebanyak 300 buah kafe siber dan 127 buah premis urut telah diserbu dalam operasi yang bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 7.00 pagi tadi.

Operasi yang dijalankan itu juga merupakan rentetan dari beberapa siri operasi bersepadu yang telah dijalankan sebelum ini.

One thought on “Pegawai DBKL Terima Ugutan Ketika Lakukan Serbuan

  • August 28, 2014 at 12:13 pm
    Permalink

    lawan jangan tidak lawan…jika di biarkan kuasa samseng akan menguasai wilayah DBKL…hapuskan tempat yang menjadi sarang ‘samseng’ agar masaalah jenayah dapat diatasi…bertindak jangan memilih ‘bulu’.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.