Lelaki Maut Kereta Terjunam Dalam Parit

Kota Tinggi – Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian di Kota Tinggi kira-kira jam 8.45 malam itu.

Seorang lelaki mati lemas apabila keretanya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 34, Jalan Sungai Rengit di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata Mohamad Iswan A. Hamid, 39, mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu.

“Mangsa dipercayai terlelap mengakibatkan keretanya gagal dikawal lalu terhumban ke dalam parit,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sening, Kota Tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.