Kerajaan Czech Lulus Bekalan Senjata Kepada Puak Kurdish

Prague – Kerajaan Czech semalam, meluluskan bekalan senjata kepada puak Kurdis dalam usaha menentang militan Kumpulan Islam (IS) yang menakluk beberapa daerah di utara Iraq , kata seorang jurucakap kerajaan.

Agensi berita memetik sumber sebagai berkata, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bekalan senjata yang bernilai AS$2juta (RM6.3 juta) itu ke Iraq yang dihantar oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).

Semalam, Menteri Pertahanan AS, Chuck Hagel turut berkata, beberapa negara termasuk Britain, Perancis, Jerman, Itali, Croatia, Kanada dan Albania telah komited untuk menyediakan bantuan “senjata dan peralatan” kepada puak Kurdish, di utara Iraq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.