2 Remaja Bawah Umur Antara 68 Positif Dadah

Kuala Lumpur – Serbuan yang dilakukan oleh Agansi Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bersapadu yang dijalankan awal pagi tadi berjaya menahan sebanyak 79 orang.

Menurut Pengarah AADK Wilayah Persekutuan, Abd Rahman Hj.Hamid. yang ditemui SuaraTV sebentar tadi tangkapan dilakukan di beberapa lokasi antaranya pusat karaoke, permis rumah urut dan sekitar kawasan di ibu kota yang dijadikan sebagai sarang penagih.

“Dalam operasi yang dijalankan, pihak kami berjaya menahan seramai 68 lelaki dan 11 orang perempuan yang berumur sekitar 17-67 tahun.

“Selepas ujian air kencing yang dilakukan terhadap mereka, pihak kami mendapati 52 orang positif dadah” katanya.

Operasi bersepadu yang dijalankan itu turut disertai beberapa agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan sebagainya.

Menurut Abdul Rahman lagi, pihaknya akan menghubungi semua keluarga untuk menjamin mereka yang ditahan, dan seterusnya mendapatkan perintah mahkamah sebaik sahaja menerima keputusan yang dikeluarkan oleh makmal kimia Jabatan Patologi.

“Manakala untuk mereka yang dibawah umur itu, pihaknya akan usulkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada mereka itu diletakkan dibawah pengawasan atau di hantar ke pusat pemulihan,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.