Video : ‘Cik Ponti’ Bertenggek, Nak Tengok Kita..!

Satu video kiriman daripada Facebook PEC telah mencuri perhatian netizen.

Video perkongsian yang memperlihatkan penampakkan didakwa pontianak merenung ke arah cctv itu mendapat 75 ribu tontonan dan 657 perkongsian di laman itu.

Menurut pengirim yang membuat perkongsian tersebut menulis, kelibat itu adalah penampakkan “Cik Ponti” yang bertenggek di atas kamera cctv di tempat kerjanya di negara jiran, Singapura jam 2 pagi.

“Siap pandang cctv tu ..

“selalu kita teringin nak tengok dia ..kali ni dia pulak teringin nak tengok kita”..huhu..cuak!!sia,”tulisnya.

Bagaimanapun rata-rata netizen tidak mempercayai dakwaan itu.

“E eh..ada kereta dalam mata pontianak tu ek..,”tulis khalid.

Ada segelintirnya berpendapat di Singapura memang banyak berlaku perkara sedemikian malah, mereka turut pernah merasainya.

Ana Umi H. Yaccub menulis “Saya pernah tinggal kat singpura, memang kat sana macam-macam cerita seram. Tak sangka kat bandar besar dan maju macam tu pun, boleh nampak-nampak. Tapi sesiapa dah berpengalaman, tahu lahh,”tulisnya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.