Tradisi Aneh `Pondok Cinta’ Khas Untuk Anak Gadis Lakukan Seks Dengan Kekasih

Inilah amalan aneh yang diamalkan di sebuah kampung kecil di Kemboja, di mana para ayah akan membina sebuah pondok cinta untuk anak perempuan mereka agar anak berkenaan dapat melakukan hubungan seksual dengan lelaki.

Ia diamalkan oleh suku Kreung yang dikenali sebagai sangat liberal dan terbuka dalam isu percintaan serta seks.

Kaum bapa yang membina pondok itu kebanyakannya adalah mereka yang mempunyai anak perempuan berusia antara lapan hingga 12 tahun.

Sementara lelaki terbabit pula akan diberikan waktu untuk menghabiskan malam bersama anak perempuan mereka sehingga si anak menemui cinta sejati dan memilih pasangan hidupnya sendiri.

Mereka percaya tradisi ini adalah cara terbaik untuk menemukan suami terbaik untuk anak perempuan mereka.

Selain itu, si anak gadis akan mengetahui kemampuan seksual lelaki terbabit dan mereka juga kononnya akan dapat menangani lelaki terbabit.

Disebabkan keadaan itu, pihak berkuasa terpaksa memberikan kesedaran kepada kaum bapa dan gadis di situ mengenai pendidikan seks dan penggunaan kondom.

Salah seorang gadis yang mengikuti kaedah terbabit adalah Nang Chan, yang berusia 17 tahun. Dia tinggal di sebuah pondok di belakang rumah orang tuanya dan di situ dia diberikan kebebasan untuk bersama dengan kekasihnya.

“Ketika laki-laki datang untuk bermalam bersama saya, jika saya tidak ingin mereka menyentuh saya, mereka tidak akan melakukannya. Kami hanya akan bicara sebentar dan tidur,” katanya yang sudah mempunyai teman lelaki dan saling cinta menyintai.

Jika Nang Chan menemui lelaki lain yang lebih menarik maka dia akan berhenti daripada melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

Pondok itu dibina oleh ayahnya sejak dia berusia 15 tahun dan sejak itu dia sudah berhubungan dengan empat lelaki.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.