Tiga kakitangan Penguat Kuasa KPDNKK Ditahan SPRM

Dua pembantu penguat kuasa dan seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Beaufort ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM600.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata ketiga-ketiga kakitangan KPDNKK berusia antara 35 hingga 38 tahun berkenaan ditahan antara jam 12.25 hingga jam 12.40 tengah hari semalam di pejabat KPDNKK Beaufort ekoran aduan yang diterima dari seorang peniaga pada 19 Julai lalu.

 

Berdasarkan aduan berkenaan, kesemua suspek dikatakan telah menjalankan pemeriksaan tanda harga di kedai pengadu dan telah meminta wang sebanyak RM600 sebagai dorongan supaya pengadu tidak dikenakan kompaun atas kesalahan tanda harga.

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini membolehkan SPRM memohon perintah reman ke atas suspek bagi membantu siasatan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.