Tiada Guna PAC Siasat Semula 1MDB, Pembangkang Tetap Akan Tolak

Isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggap selesai selepas sebaik sahaja Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (1MDB) menamatkan siasatannya terhadap firma pelaburan negara itu pada 2015 lalu.

Namun sehingga kini Ahli Parlimen masih belum berpuas hati dan menuduh Parlimen sengaja menyembunyikan keterangan mengenai isu 1MDB.

Memang malang apabila hasil siasatan PAC itu yang turut dianggotai oleh sendiri pembangkang tidak diperakukan oleh mereka.

Walaupun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, walaupun tidak ada apa yang menghalang PAC daripada membuka semula siasatan namun jika keputusan sama dicapai, adakah pembangkang akan menerima?

Sudah tentu mereka akan menolaknya lagi.

Dan ketika pembangkang cuba menjaja cerita buruk 1MDB, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw yang juga Naib Pengerusi PAC tampil dengan kenyataan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan pengurusan oleh syarikat 1MDB berdasarkan siasatan PAC.

Seng Giaw juga menyatakan, adalah tidak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat berkenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh Lembaga Pengurusan.

Bukan sahaja PAC, 1MDB turut disiasat Jabatan Audit Negara, Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tidak seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Forex, tiada siasatan sebesar itu dijalankan sebelum ini.

Mungkin dulu bila DAP dan Mahathir Mohamad menjadi seteru maka isu kerugian Forex dan BNM `galak’ mereka mainkan tetapi bila sudah sepentas, DAP terpaksa melupakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.