Sheikh Muszaphar Dapat Bayi Kembar, Kongsi Tarikh Lahir Sama

Kegembiraan berganda buat angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran sama dengan cahaya mata kembarnya yang selamat dilahirkan pagi kelmarin, 27 Julai.

Gambar kedua-dua bayi lelaki kembar yang dilahirkan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos sekitar awal pagi semalam dikongsi Sheikh Muszaphar, 45, di akaun Instagram peribadinya semalam.

“Terima kasih atas ucapan semua. Alhamdulillah, bayi kembar kami memilih untuk melihat dunia hari ini.

“Kami bersyukur atas kelahiran kedua-dua cahaya mata kami pada pukul 10.05 pagi,” tulisnya.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu mempunyai dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.