‘Perpisahan Dengan Pitt Terlalu Sukar’ – Angelina

NEW YORK – Pelakon Angelina Jolie akui penceraiannya dengan aktor, Brad Pitt merupakan ‘masa paling sukar’ dalam hidup dan beliau menghabiskan masa berbulan-bulan sebagai suri rumah.

Menurut AFP, aktres berusia 42 tahun itu berkata, tempoh tersebut digunakan untuk meningkatkan kemahiran memasak selain kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk, membersih kotoran anjing dan membaca buku cerita kepada anak-anak.

Jolie berkata, beliau bertambah baik ketika melakukan perkara itu.

Beliau mendedahkan perkara tersebut kepada majalah Vanity Fair dalam satu temubual sebaik berpindah ke kediaman bernilai AS$25 juta yang memiliki enam bilik tidur dan 10 bilik mandi bersama enam anaknya di kawasan kejiranan Los Feliz di Los Angeles, seperti memetik RTM.

Beliau yang pernah menjalani pembedahan membuang kedua payudara selain ovari pada 2013 untuk mencegah kenser turut dikesan menghidap palsi bell (bell palsy), beliau bagaimanapun disahkan sembuh daripada palsi bell selepas rawatan akupuntur.

Palsi bell ialah satu keadaan kelumpuhan saraf muka yang mengakibatkan kelemahan otot pada satu sesi muka disertai dengan kegagalan menutup mata pada sebelah muka.

Jolie mengemukakan permohonan untuk bercerai dengan Pitt pada September lalu atas alasan tiada persefahaman.

Beliau juga mendakwa bekas pemenang Anugerah Oscar itu memukul anak lelaki mereka ketika dalam pesawat dari Perancis ke Los Angeles, hingga mendorong Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menjalankan siasatan.

Namun, FBI dan pekerja sosial membebaskan Pitt daripada tuduhan itu.

Berikutan itu, Pitt menuntut hak penjagaan bersama enam anak mereka, iaitu Maddox, 15; Pax, 13; Zahara, 12; Shiloh, 11, dan pasangan kembar Vivienne dan Knox, 9, manakala Jolie memohon hak penjagaan penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.