Video: Penyokong Desak Pakatan Umum Calon Perdana Menteri

Ahli panel forum ‘Dr Mahathir: Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah’ disifatkan sebagai badut diatas penjelasan politik persendirian berbanding politik ideologi yang sepatutnya menjadi asas kepada pemerkasaan Pakatan Harapan.

Salah seorang hadir yang menamakan dirinya sebagai Muhammad dan mengaku bekas aktivis Asalkan Bukan UMNO (ABU) berkata, Pakatan Harapan perlu jelas dalam menerangkan idea sebenar bagi mendapatkan sokongan kuat ahli akar umbi.

Ujarnya, konsep meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim tidak meyakinkan penyokong terutama dari golongan Generasi Y untuk mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.

“Perdana Menteri didalam Pakatan Harapan ini kita tak tahu siapa. Kita tak boleh ada Perdana Menteri interim. Kita tak boleh jadikan Wan Azizah Perdana Menteri sementara menunggu Anwar keluar penjara. Ini semua bulls*** (tahi lembu).

“Kita nak mengundi, kita nak bukti konkrit. Saya nak tahu siapa Perdana Menteri (Pakatan Harapan). Secara jujurnya Pakatan Harapan perlu jawab perkara ini,” tanya Muhammad kepada ahli panel.

Ahli panel berkenaan adalah aktivis demonstrasi jalan raya, Hishamuddin Rais; Ahli Parlimen Sg Siput, Dr S Jeyakumar; Presiden PAN, Mohamad Sabu; dan Pengasas ABU, Haris Ibrahim.

Beliau turut mempertikaikan sokongan terbuka ahli panel serta Pakatan Harapan secara amnya menerima bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan dengan tangan terbuka.

Tegasnya, setelah sekian lama berceramah dan menanam ideologi untuk membenci Dr Mahathir, kini pembangkang meminta para penyokong membuka ruang kepada diktator itu menyertai blok anti kerajaan.

“Saudara Hisham ada katakan tadi, (penglibatan Mahathir) untuk mendapatkan sokongan orang Melayu di kawasan kampung dan sebagainya.

“Pendapat saya sebagai rakyat marhaen yang mengundi baru dua kali, kita tak nak Mahathir. Ini adalah suara daripada Gen Y. Kami tak mahu Mahathir.

“Saudara Hisham katakan, musuh utama adalah Najib Razak. Sebelum Najib Razak jadi Perdana Menteri, Mahathir jadi Perdana Menteri. (Pada ketika itu) pun saudara Hisham cakap perkara yang sama; “Mahathir adalah musuh yang paling ketat, hinggakan titik (huruf) ‘i’ pun tak boleh dipercayai”.

“Tapi nampak gaya Pakatan sekarang, ‘M.A.H.A.T.H.I.R’ pun percaya,” katanya.

Seorang lagi peserta forum berkenaan juga menyatakan perkara sama dalam nada marah terhadap Hishammuddin.

“Kita setiap hari dihasut oleh Hishamuddin Rais ini untuk membenci Mahathir. Dia siap katakan kepada kita, palang pada huruf ‘t’ dan titik pada huruf ‘i’ pada nama Dr Mahathir dia tak percaya tapi sekarang dia percaya kenapa?

“Kenapa perlu percaya Mahathir? (Diri) sendiri katakan tak boleh percaya (Mahathir), lepas itu suruh orang lain percaya.

“Mengarut semua ini. Sekarang kita dah penat dengar ceramah air liur ini. Penat nak dengar ceramah politik badut-badut ini,” kata peserta berkenaan. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.