Pemainan Di Taman Tema Tercabut, Sorang Maut Tiga Parah

OHIO, AMERIKA SYARIKAT – Seorang maut, manakala tiga lagi mangsa sedang bertarung nyawa selepas permainan The Fireball itu mengalami kerosakan di Ohio State Fair, lapor Daily Mail.

Remaja berusia 18 tahun tercampak ke tanah selepas sebahagian tempat duduk permainan itu tercabut dari kerangka asal dan mangsa maut serta-merta di tempa kejadian.

Kira-kira enam hingga tujuh orang yang juga dilaporkan mengalami kecederaan, tetapi kesemua mereka berada dalam keadaan stabil. Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 7.30 malam.

Tiga mangsa yang cedera dibawa ke Ohio Health Grant Medical Center, sementara empat lagi mangsa dikejarkan ke Ohio State University’s Wexner Medical Center, lapor Columbus Dispatch.

Salah seorang mangsa yang dirawat di tempat kejadian adalah kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun.

Video kejadian yang menakutkan itu tersebar di media sosial menunjukkan beberapa mangsa tercampak dari permainan itu selepas salah satu tempat duduknya tercabut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.