Pelakon Itali Teruja ‘Tre Rose Di Eva'(Dendam Aurora) Diadaptasi Di Malaysia

Drama bersiri Dendam Aurora yang diadaptasi daripada telenovela popular Itali, ‘Tre Rose Di Eva’ mencuri perhatian pelakon asalnya dari Itali, Anna Safroncik.

Drama Dendam Aurora yang diadaptasi dan dibintangi Nabila Huda, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Tony Eusof, Datuk Eizlan Yusof dan yang lain-lain menarik perhatian pelakon itu apabila menerusi entrinya di Instagram pada petang Khamis telah memuat naik foto sedutan drama Dendam Aurora dengan menulis kapyen dalam bahasa Itali bermaksud;

Dear friends it is amazing! We knew that ‘Tre Rose Di Eva’ were sold and seen in many countries around the world, but what’s incredible now that REMAKE has also been made in Malaysia!.

Menariknya, Anna telah memuat naik semula posting tersebut daripada pelakon Anzalna Nasir yang membawa watak Putri Adrina Engku Azhar dalam Dendam Aurora, seperti memetik laporan AstroGempak.

‘Tre Rose Di Eva’ merupakan siri popular tiga musim terbitan Mediaset Distribution yang mendapat sambutan hangat di Itali sekitar tahun 2012 yang turut dibintangi bintang popular Luca Ward dan Roberto Farnesi.

Drama bersiri 100 episod yang diarahkan oleh sutradara Feroz Kader dan Riza Baharudin bersiaran menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 25 Julai lalu secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.